PETALING JAYA – Penyedian kemudahan logistik tempatan, Raya Airways Sdn. Bhd. (Raya) telah menjalin usaha sama dengan Pen Aviation Sdn. Bhd. bagi memulakan program pembuktian pengkomersialan (POC) untuk daya maju komersial penggunaan dron bagi mengangkut barang.
Pengarah Urusan Kumpulan Raya, Mohamad Najib Ishak berkata, ia menandakan pencapaian penting bagi syarikat untuk memulakan perjalanan menjadi penyedia perkhidmatan kargo pertama di ASEAN yang mengendalikan kargo menggunakan dron.
“POC yang dijangka bermula suku keempat tahun ini akan meneroka penggunaan dron bagi membantu urusan logistik di pelabuhan, termasuk aktiviti pengedaran barang.
“Selain membantu syarikat beradaptasi dengan perubahan landskap dalam sektor logistik, perkhidmatan ini akan membantu Raya mengoptimumkan kos dan menambah baik kelestarian alam sekitar kerana dron akan menambah baik kecekapan penggunaan tenaga, seterusnya mengurangkan pembebasan karbon,” katanya dalam kenyataan.

Mohamad…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: