Rayuan Kelantan FC untuk memohon Lesen Kebangsaan bagi membolehkan kelab tersebut beraksi dalam saingan Liga Super 2024-25 ditolak Jawatankuasa Rayuan Pelesenan Kelab MFL.
Perkembangan terkini diumumkan MFL dalam satu kenyataan rasmi itu menyaksikan Kelantan yang bergelut dengan pelbagai isu kewangan pada ketika ini sah tidak akan beraksi dalam kempen Liga Super musim baharu nanti.
Artikel Berkaitan:
Kelab yang dipegang Norizam Tukiman itu menerima nasib tersebut selepas gagal untuk melengkapkan dua Kriteria Kewangan dibawah sub-kriteria F.04 (No Payables Overdue Towards Employees, LHDN, KWSP, PERKESO & EIS – As At June) dan sub-kriteria F.11 (No Payables Overdue Towards Employees, LHDN, KWSP, PERKESO & EIS – As At August) sebelum tarikh akhir yang ditetapkan iaitu 30 November 2023 dan 31 Disember 2023.
Selain itu, Kelantan turut perlu mematuhi Langkah Kedua bagi sub-kriteria F.11 bagi penyelesaian (5) lima kes FIFA yang ada keputusan sehingga 31 Ogos 2023 perlu…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: