PETALING JAYA – Mengeluarkan produk untuk penjagaan kesihatan tidak boleh diambil mudah kerana ia melibatkan beberapa proses penting seperti kajian dan pembangunan (R&D) yang memakan masa berbulan-bulan, diikuti dengan pelantikan kilang untuk pengeluaran produk, pembungkusan premium dan kemudiannya pemasaran kepada pengguna.
Itu adalah rutin biasa yang dilaksanakan oleh kebanyakan syarikat tempatan.
Namun berbeza bagi Kumpulan Naturmeric, yang mana proses R&D sahaja telah mengambil masa lebih empat tahun dan melibatkan kerjasama dengan pakar penyelidik dari universiti tempatan.
Pengarah Eksekutif Naturmeric, Ahmad Radhi Zakaria berkata, pendekatan mendalam ini menjadikan Naturmeric satu jenama yang benar-benar serius dalam menghasilkan produk berkualiti tinggi yang berasaskan Kunyit Hitam (Curcuma caesia).

Menurut beliau, kajian tersebut telah dilaksanakan secara komprehensif, meliputi semua proses kritikal termasuk kajian fizikal, kimia dan genetik (DNA) bagi…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: