Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Reaksi Pemilik Lamborghini Redha Oyen Jadikan Keretanya Sebagai ‘Jamban’ Buat Netizen Geli Hati

today21 August 2024

Background


Selain Myvi, kucing bernama oyen juga sering melakukan perkara di luar jangkaan kita. Ada sahaja kejadian yang mencuit hati yang berjaya dirakam oleh netizen di media sosial.

Menerusi akaun TikTok @aasuperscalper, dia yang juga bergelar pemilik kereta supercar berjenama mewah telah berkongsi sebuah video memperlihatkan gelagat seekor kucing berwarna oren yang sering lepak di keretanya.

Sumber Gambar: TikTok

Difahamkan kereta Lamborghini miliknya bukan sahaja jadi tempat persinggahan malah sudah kerap kali menjadi ‘jamban’ tetap buat mahluk kecil itu.

Jika dulu keretanya sering dikencing kucing tersebut, paling terkini oyen dengan selamba meninggalkan najis di atas spoiler yang berharga lebih RM50,000. Malah, boleh dilihat tapak kaki kecil yang memanjat pada belakang kereta Itali itu.

Sumber Gambar: TikTok

Walaupun kereta mewahnya sering menjadi sasaran oleh oyen, dia kelihatan tenang dan mengganggap ia sebagai suatu yang lucu sahaja.

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Hizam Jaafar


Previous post

Sukan

Foden raih Anugerah Pemain Terbaik PFA

London: Pemain tengah Manchester City, Phil Foden, memenangi Anugerah Pemain Terbaik Persatuan Bolasepak Profesional (PFA) selepas membantu kelabnya meraih gelaran Liga Perdana Inggeris (EPL) kali keempat berturut-turut.

today21 August 2024