Site icon Kool FM

REDtone Bakal Tawar Internet Berkelajuan Tinggi Menerusi Satelit Starlink Di Malaysia

Satelit starlink


REDtone Digital Bhd dan SpaceX memeterai perjanjian penjualan semula bagi menawarkan perkhidmatan internet berkelajuan tinggi yang dihubungkan menerusi satelit Starlink di seluruh Malaysia.

Dalam satu kenyataan terkini, REDtone, syarikat telekomunikasi dan penyedia perkhidmatan infrastruktur digital bersepadu itu berkata dengan pasukannya yang mempunyai lebih 150 jurutera di seluruh negara, syarikat itu mampu membekalkan perkhidmatan jalur lebar Starlink dengan pantas kepada pengguna di lokasi terpencil serta kawasan yang mempunyai kekangan dari segi geografi dan alam sekitar.

Artikel Berkaitan:

Ketua Pegawai Eksekutif REDtone Lau Bik Soon berkata, kekuatan syarikat itu sebagai penyedia penyelesaian rangkaian bersepadu akan membolehkan mereka menawarkan perkhidmatan berasaskan satelit yang lancar kepada pelanggan kerajaan dan perusahaan.

“Kami menyasarkan sektor yang menunjukkan peningkatan kebergantungan terhadap perkhidmatan satelit seperti minyak dan gas, telekomunikasi,…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version