Site icon Kool FM

‘Reen Rahim Pelakon Hebat, Hormat Senior’

Dilla Ahmad Puji Keperibadian Reen Rahim


Pelakon berpengalaman, Dilla Ahmad memuji keperibadian pelakon, Reen Rahim menerusi hantaran dibuatnya di Facebook.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Reen Rahim Dinobat Aktres Paling Dikagumi Malaysia 2025

Dilla puji Reen

Menerusi perkongsian dibuat, Dilla atau nama lengkapnya Nor Fadzilah Ahmad memuat naik foto dirinya bersama Reen, pempengaruh, Agy dan pelakon, Qazem Nor.

Menurut Dilla, dia menyifatkan Reen sebagai seorang aktres hebat serta menghormati pelakon senior.

Reen Rahim seorang pempengaruh yang hebat, tetap hormati pada kami yang senior ini.

Dalam pada itu, pelakon yang terkenal menerusi drama ‘Jangan Benci Cintaku’ turut mendoakan agar Reen dikurniakan kejayaan dalam kerjayanya sebagai pelakon.

Semoga Reen Rahim lebih berjaya lagi, sayang korang.

Sumber: Facebook Dilla Ahmad



Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version