Sumber Gambar: Paultan.org
Pada rekaan konsep pada kali ini Theo bukan sahaja mengubah suai rekaan luaran model hatchback ini, bahkan beliau juga telah berkongsi rekaan konsep ruangan kabin berdasarkan model Lynk & Co 02.
Menurut laman web Paultan.org, model ini boleh dikuasakan dengan enjin 1.5 liter tiga silinder turbo dan juga kotak gear klac berkembar automatik DCT tujuh-kelajuan yang ada sama pada model Proton X50 tanpa sebarang masalah.
Tidak mustahil juga Proton akan memperkenal model Satria Neo ini dengan enjin jenis lain kerana pengeluar kereta tempatan tersebut ada memberitahu bahawa beberapa enjin baharu bakal digunakan pada model-model akan datang seperti enjin T-GDI dan GEP3.
Ternyata orang ramai sangat berharap agar pihak Proton mengambil perhatian untuk mengembalikan semula Proton Satria Neo dengan menggunakan rekaan konsep model-model ini.
Pelancaran model Proton yang seterusnya masih lagi menjadi teka-teki, semoga kita semua dapat melihat model hatchback ini dapat…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: