Kita sudah biasa sangat melihat projek perumahan dengan konsep Barat atau moden kotemporari serta minimalis di dalam pasaran.
Namun sebuah kawasan perumahan baharu menjadi perbualan hangat apabila mengetengahkan konsep rumah melayu yang jarang dilakukan oleh majoriti pembangun di luar sana.
Difahamkan kawasan perumahan ini dikenali sebagai Taman Camar Astana yang terletak di Bukit Katil, Melaka dan dibangunkan oleh syarikat Tri Urbanity Sdn Bhd. Rumah ini membawa konsep rumah Melayu dengan menggunakan bahan moden.


Menerusi video dan gambar yang dikongsikan, pada setiap rumah didatangkan dengan seni ukiran serta bumbung bertebar layar disertakan perhiasan di tepinya dengan sentuhan elemen kemelayuan tradisional tetapi menggunakan bahan pembinaan yang moden.

Terdapat juga tangga yang disambungkan pada bahagian depan tanah dari rumah untuk serambi atau dikenali sebagai anjung atau ruai sambil dihiasi…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: