Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Rekod Dunia 108 Perlawanan Tanpa Kalah JDT Jadi Sorotan Media Terkemuka Antarabangsa

today11 May 2026

Background


JDT terus cemerlang dalam saingan Liga Super Malaysia apabila mereka dengan tanpa belas kasihan membelasah Kelantan TRW dengan kemenangan 14-1.

Kemenangan itu bukan sahaja kemenangan terbesar dalam sejarah MSL segi jaringan, namun ia juga kemenangan bersejarah dari segi rekod tanpa kalah.

Ini apabila JDT berjaya menyamai rekod dunia dengan 108 perlawanan liga tanpa kalah berturut-turut yang dipegang oleh kelab Ivory Coast, ASEC Mimosas daru tagyb 1989 sehingga 1994.

Lebih menakjubkan, kali terakhir skuad Harimau Selatan mengalami kekalahan dalam saingan liga adalah pada April 2021, lebih 5 tahun yang lalu.

Sejak itu, JDT tampil terlalu dominan dalam Liga Super Malaysia dengan merekodkan deretan kemenangan dan keputusan seri tanpa mampu digugat pencabar lain.

Dominasi luar biasa ini sekali lagi membuktikan jurang kualiti yang dimiliki JDT dalam bola sepak tempatan, sama ada dari segi kekuatan skuad, fasiliti bertaraf tinggi, kestabilan…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Axello


Previous post