
ohor Darul Ta’zim FC terus melakar sejarah apabila mencipta rekod dunia baharu dengan mencatatkan 109 perlawanan liga berturut turut tanpa kekalahan.
Rekod luar biasa itu tercipta selepas JDT menewaskan Kuching City FC 3-0 dalam aksi Perlawanan Sumbangsih di Stadium Sultan Ibrahim, sekali gus mengatasi rekod 108 perlawanan milik kelab Ivory Coast, ASEC Mimosas yang dicatatkan antara 1989 hingga 1994.
Rentetan tanpa kalah JDT bermula sejak April 2021. Sepanjang tempoh tersebut, Harimau Selatan turut berjaya menamatkan empat musim Liga Super berturut turut tanpa kekalahan.
Lebih manis, kemenangan ke atas Kuching City turut membolehkan JDT mempertahankan Piala Sultan Haji Ahmad Shah serta memulakan kempen Liga Super 2026/27 dengan tiga mata.
Kejayaan JDT itu menjadi sorotan media antarabangsa terkemukan termasuk B/R Football yang memiliki lebih 7 juta pengikut di X sahaja. Ianya antara media bola sepak yang sangat berpengaruh di platform media…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber:
