PETALING JAYA – Sime Darby Property Berhad (Sime Darby Property) mencatatkan prestasi sembilan bulan terbaik sehingga kini bagi tempoh berakhir 30 September 2024 (9M TK2024).
Syarikat melaporkan peningkatan 35 peratus dalam pendapatan kepada RM3.3 bilion, manakala keuntungan operasi meningkat 51 peratus kepada RM729.5 juta.
Keuntungan sebelum cukai (PBT) melonjak 45 peratus kepada RM636.8 juta, dan keuntungan selepas cukai dan kepentingan minoriti (PATAMI) meningkat 50 peratus kepada RM413.8 juta.
Pengarah Urusan Kumpulan Sime Darby Property, Datuk Seri Azmir Merican berkata, prestasi kewangan yang kukuh itu didorong oleh momentum jualan yang kuat merentasi campuran produk yang pelbagai, peningkatan kerja-kerja pembinaan yang lebih baik dalam segmen pembangunan hartanah (PD) serta sumbangan pendapatan yang semakin meningkat daripada segmen pengurusan pelaburan dan aset (IAM) dan libur.
Menurut beliau, jualan bagi tempoh ini meningkat kepada RM3.2 bilion, mewakili…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber:
