Menurut laporan Sinar Harian, pelajar bernama Alif Zachary Mohd Arif yang juga merupakan anak penghantar makanan itu berkata, minat terhadap buku mendorongnya menjadikan Perpustakaan Awam Selangor Sungai Udang, Klang sebagai ‘rumah kedua’ sejak tujuh tahun lepas.
“Jarak perpustakaan dengan rumah kira-kira 30 meter. Sejak berusia enam tahun, saya sudah berjinak-jinak dengan pelbagai jenis genre bahan bacaan dan sehingga kini saya masih berulang-alik ke situ bagi menghabiskan masa terluang membaca serta mendapatkan buku-buku yang diminati.
“Biasanya lepas pulang dari sekolah saya akan berehat seketika sebelum membaca. Waktu malam pula saya akan sambung membaca selepas menyiapkan tugasan sekolah,” katanya.
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber:
