Menurut Kumar, bagi membantu siasatan lanjut, suspek kini dalam tahanan reman polis selama empat hari bermula semalam.
Tambahnya, pihak polis turut telah menerima lapan laporan lain yang membabitkan kes dan suspek yang sama.
“Mangsa yang terjejas disaran tampil membuat laporan polis di balai berdekatan. Sebarang maklumat berkaitan kes boleh disalurkan kepada Pegawai Penyiasat, Inspektor Nurul Huda Shohodin di talian 013-5382698,” katanya.
Kes disiasat mengikut Seksyen 292 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia.
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: