Seorang remaja lelaki berusia 17 tahun telah dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini atas tuduhan membunuh kanak-kanak perempuan Orang Asli yang juga orang kurang upaya (OKU) pendengaran dan lembam.
Pertuduhan ke atas remaja tersebut dibacakan di hadapan Majistret Nurul Asyifa Redzuan. Dan menurut laporan Harian Metro, tidak ada pengakuan yang direkodkan, kerana kes bunuh adalah di bawah bidang kuasa mahkamah tinggi.

Sementara itu, tertuduh turut tidak diwakili oleh peguam.
Menurut pertuduhan, yang tertuduh didakwa telah menyebabkan kematian kanak kanak bernama Nuraina Humaira Rosli, 10, di kawasan paya Kampung Bersah, Pos Kuala Mu, Lasah. Kejadian berlaku pada 16 Ogos lalu sekitar 2.30 petang hingga 5 petang.
Mayat Humaira ditemui sehari selepas kejadian tersebut selepas dilaporkan hilang. Dan hasil bedah siasat mendapati bahawa…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber:
