Kool FM

Remaja Bawah Umur Rog*l, Bun*h Kanak-Kanak Berusia 6 Tahun


Seorang remaja berusia 16 tahun ditahan pohak berkuasa Maghribi selepas disyaki terlibat dalam kes rogol dan pembunuhan.

Rogol, bunuh

Gambar sekadar hiasan

Memetik laporan Morocco World News, suspek yang masih di bawah umur itu didakwa merogol dan membunuh seorang kanak-kanak perempuan berusia enam tahun di bandar Ksar El-Kebir.

Difahamkan, tragedi itu terbongkar selepas keluarga mangsa membuat laporan mengenai kehilangannya. Tidak lama selepas itu, mayat mangsa ditemui di sebuah kawasan lapang dalam keadaan yang mengerikan, dengan kesan kecederaan parah dipercayai akibat keganasan melampau.

Susulan daripada laporan yang diterima, pasukan penyiasat daripada Briged Polis Kehakiman berjaya mengenal pasti identiti suspek sebelum melakukan penahanan.

Hasil siasatan awal mendapati, mereka berdua merupakan jiran dan suspek dipercayai telah memperdaya mangsa sebelum merogol dan menyerangnya hingga menyebabkan kematian.

Siasatan lanjut masih dijalankan bagi mengetahui punca dan butiran…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version