Site icon Kool FM

Remaja Cedera Dikejar 3 Anjing Liar Ketika Menunggu E-Hailing Kini Alami Trauma


Akibat panik dia kemudiannya melarikan diri, namun terus dikejar tiga haiwan itu sehingga mengakibatkan dirinya terjatuh di tengah jalan raya.

“Salah seekor anjing sempat gigit selipar, namun berjaya dihalau orang awam yang kebetulan lalu di situ. Ada orang awam bantu papah saya ke tepi jalan sebelum ibu yang datang ke lokasi.

“Saya luka pada kaki, kedua-dua belah lutut, tangan serta bahagian belakang badan akibat terjatuh sebelum hantar ke hospital untuk rawatan kecemasan,” katanya.

Difahamkan, dia kini sudah dibenarkan pulang kerana masih perlu ke sekolah, bagaimanapun doktor membenarkannya untuk cuti selama tiga minggu.

“Kejadian ini menyebabkan saya trauma. Sebelum ini saya tidak pernah dikejar atau digigit anjing dan tidak pasti sama ada lokasi pusat tuisyen itu memang terdapat banyak anjing liar.

“Saya nasihatkan kepada orang awam supaya sentiasa peka dengan keadaan sekeliling dan berada di kawasan ramai orang supaya lebih selamat dan tidak diganggu anjing liar,”

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber: