Menurut laporan Harian Metro, rupa-rupanya remaja berkenaan hanyalah mereka cerita untuk mengelak pergi ke kelas mengaji.
Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Kasim Muda berkata, siasatan lanjut yang dijalankan mendapati remaja perempuan itu sengaja mengada-adakan cerita diculik sebelum didapati ia tidak benar.
Menurut beliau, hasil soal siasat dan rakaman percakapan mangsa, saksi dan siasatan di tempat kejadian menunjukkan ada keraguan terhadap dakwaan penculikan.
“Mangsa juga takut dimarahi oleh pengadu (ibunya) kerana enggan hadir ke kelas mengaji,” katanya.
Siasatan lanjut mendapati ketika tempoh kehilangannya, mangsa berjalan-jalan di Plaza Wawasan Kota Kinabalu sehingga dikesan pengawal keselamatan Wisma Sedco kerana berada lama di dalam bangunan.
Terkini, remaja berkenaan sudah diserahkan kepada ibu bapanya dan diberikan nasihat agar tidak mengulangi laporan berkaitan kes jenayah kerana boleh menimbulkan panik, selain ia satu kesalahan kerana…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: