Kool FM

Remaja Lelaki 13 Tahun Jadi Mangsa Cabul


Seorang lelaki ditahan polis selepas didakwa mencabul seorang remaja lelaki berusia 13 tahun dalam satu kejadian di Bogor Jawa Barat, Indonesia.

Cabul remaja lelaki

Suspek, 34, yang bekerja sebagai tukang fotokopi tergamak merakam aksi terkutuk itu.

Menurut penjaga remaja itu, perbuatan tersebut terbongkar apabila suspek cuba menghubungi mangsa kerana sudah seminggu tidak datang ke tempat kerjanya.

Pelaku menghantar mesej bertanya mengapa mangsa sudah lama tidak datang bermain di tempat ‘om’ (bapa saudara/panggilan suspek). Bersama mesej tersebut, dia turut menghantar video-video senonoh itu

Walau bagaimanapun, telefon bimbit tersebut ketika itu dipegang oleh ibu bapa mangsa. Alangkah terkejutnya mereka apabila melihat bukti video penyeksaan seksual anak mereka dihantar terus oleh suspek. 

Susulan kejadian itu, keluarga mangsa tampil membuat laporan polis.

Difahamkan, suspek telah ditahan untuk tindakan selanjutnya.

Sumber: News Detik



Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version