Semalam Malaysia digemparkan dengan kisah seorang remaja yang dikatakan telah menyamar sebagai petugas hospital di Serdang.
Menurut Harian Metro, remaja perempuan berusia 14 tahun yang menyamar sebagai kakitangan Hospital Sultan Idris Shah (HSIS), Serdang direman dua hari sehingga esokuntuk siasatan polis.
Sebelum itu suspek tiba di perkarangan Mahkamah Sepang pada jam 8.40 pagi tadi memakai pakaian lokap berwarna oren diiringi anggota polis.
Tiada kelibat ibu atau bapa suspek dilihat di pekarangan kompleks mahkamah berkenaan.
Perintah reman dikeluarkan Majistret Muhammad Bukhori Md Ruslan di Mahkamah Majistret di sini.
Tahanan reman ke atas suspek itu dibuat bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 448 Kanun Keseksaan dan 170 Kanun Keseksaan iaitu menceroboh dan menyamar penjawat awam.
Jika sabit kesalahan, hukuman bagi menceroboh boleh dihukum dengan penjara selama tempoh tiga tahun atau denda maksimum RM5,000 atau kedua-duanya, manakala hukuman…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: