Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Remaja Terjerat Hutang Ah Long RM13,000 Demi Untuk Belanja Teman Wanita Makan Ikan Siakap

today18 November 2024

Background


Menurut sumber, remaja yang berusia 15 tahun itu telah meminjam wang daripada Ah Long hanya kerana mahu memenuhi keinginan teman wanitanya yang mahu makan ikan siakap tiga rasa.

Pengurus Pusat Pengajian Fardu Ain dan Al-Quran, Darul Muttaqim (DM), Fariz Izhar Adrus berkata, siasatan pihaknya mendapati remaja berusia 15 tahun dari Selangor itu telah meminjam daripada 12 Ah Long.

Difahamkan, remaja berkenaan telah berhenti sekolah, meninggalkan sejumlah RM13,000 hutang kepada peminjam wang haram.

“Remaja itu terjumpa iklan di TikTok untuk seorang Ah Long selepas teman wanitanya mengidam ikan siakap,” kata Fariz.

“Mungkin dia terlalu malu (meminjam wang daripada ibu bapanya), dan akhirnya, dia meminjam daripada Ah Long.

“Ibu bapa remaja itu adalah penjawat awam. Bagaimanapun, dia kini tinggal bersama bapa saudaranya, kerana tidak mahu bersekolah lagi,” katanya.

Remaja berkenaan akhirnya meminta bantuan daripada DM, yang seterusnya memaklumkan ibu bapanya tentang perkara…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Nany Rahman


Previous post