
Pelakon, Datuk Remy Ishak dilaporkan mengalami patah tulang rusuk selepas terlibat dalam satu kemalangan di lokasi penggambaran pada Rabu.
Artikel Berkaitan: Isteri Remy Ishak Jelaskan Hantaran Suami Bersama Wanita AI Hanya Gurauan – ‘Jangan Ambil Hati’
Kemalangan di set


Ketika dihubungi OhBulan!, pengurus kepada Remy, Azlin Abas memaklumkan bahawa aktor tersebut kini sedang mendapatkan rawatan di sebuah pusat perubatan dan berada dalam keadaan stabil.
Untuk makluman, Datuk Remy mengalami patah tulang rusuk susulan satu insiden kecil yang berlaku di lokasi penggambaran.
Remy kini sedang menerima rawatan perubatan yang sewajarnya dan berada dalam keadaan stabil. Terima kasih atas keprihatinan dan pemahaman semua.
Sementara itu, Remy menerusi satu hantaran di Instagram Story turut berkongsi sebuah video yang memaparkan dirinya duduk di atas kerusi roda.
Dalam perkembangan sama, isteri kepada Remy, Ezza Yusof memohon orang ramai agar mendoakan kesembuhan buat suaminya.
Doakan suami…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: