Perak Bison menamatkan penantian kemenangan ke atas seteru utama, Kuala Lumpur (KL) Thunder pada aksi kedua peringkat kumpulan Sepak Takraw League (STL) 2024 bagi Grand Prix (GP) Johor, sebentar tadi.
Kemenangan manis itu bukan sahaja membawa Perak Bison ke suku akhir, malah turut meletakkan pasukan tangga kedua ranking keseluruhan tersebut selaku juara kumpulan.
Baca Juga:
KL Thunder pula mengiringi Perak Bison di kedudukan kedua berbekalkan defisit mata diraih berbanding satu lagi pasukan iaitu Terengganu Turtles.
Tewas kepada Terengganu Turtles pada aksi malam tadi, Perak Bison yang dibarisi Kritsada Sungvung (tekong), Muhammad Noraizat Mohd Nordin (apit kanan) dan apit kiri, Aidil Aiman Azwawi tampil dengan cukup baik pada set pertama walaupun terpaksa berhadapan gandingan mantap Syahir Rosdi dan Zarif Marican Ibrahim Marican selaku tekong, Azlan Alias (apit kanan) dan Amirul Zazwan Amir (apit kiri).
Ia jelas dibuktikan dengan kemenangan…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: