Pengurus Borussia Dortmund, Edin Terzic tidak menghiraukan reputasi hebat dimiliki lawannya pada perlawanan akhir Liga Juara-Juara Eropah (UCL) 2023/24 iaitu Real Madrid.
Real Madrid pastinya turun pada awal pagi esok selaku pasukan pilihan dengan 14 kejuaraan dimenangi serta masih segar dengan kejayaan muncul juara LaLiga musim ini.

Baca Juga:
Manakala, Borussia Dortmund pula tidak begitu cemerlang dalam kancah domestik apabila sekadar menamatkan kempen Bundesliga di kedudukan kelima.
Melihatkan kepada keadaan tersebut, Terzic tidak menganggap ia sebagai satu masalah besar dan mengakui pasukannya kini sudah berubah.
“Kekuatan terbesar kami? Kami merupakan pasukan yang paling kurang dibolosi dalam pertandingan ini. Kami perlu untuk terus memastikan lawan berada sejauh yang mungkin daripada gawang.”
“Kami tidak berada di tahap terbaik apabila kami dibolosi pada September lalu tetapi kini kami telah berubah…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber:
