Site icon Kool FM

Reruai Sabah di pameran Matta bakal tawar baucar rebat, pelbagai promosi, pakej menarik


PETALING JAYA – Bersempena Pameran Matta yang akan berlangsung selama dua hari bermula 5 September ini, anjuran Persatuan Ejen-Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (Matta), negeri Sabah telah dipilih sebagai Destinasi Kegemaran Malaysia menjadikan reruai negeri berkenaan menjadi tumpuan pengunjung di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa (MITEC), Kuala Lumpur.

Pelbagai promosi menarik akan menanti pengunjung bagi merealisasikan impian percutian pengunjung sambil dibantu oleh ramai ejen-ejen pelancongan dari Sabah

Persatuan Pelancongan Daerah Tambunan dan pengusaha minuman tempatan buatan Sabah iaitu UINAH juga akan turut serta di reruai berkenaan manakala Lembaga Pelancongan Sabah (STB)  menawarkan baucar rebat pelancongan dengan setiap pembelian pakej-pakej terpilih daripada mana-mana ejen dan hotel berdaftar dari Sabah.

Bagi mereka yang sedang mencari idea untuk pembelian pakej percutian di negeri di bawah bayu, Sabah menawarkan  kepelbagaian produk…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version