Fishcakes dan isi ketam biasanya dijadikan bahan tambahan untuk steamboat ataupun oden. Ada juga yang menambahnya dalam juadah bergoreng seperti mee dan bihun goreng.
Bosan kan kalau asyik makan begitu sahaja? Apa kata cuba resepi baharu iaitu fishcakes dan isi ketam ranggup. Wah, kalau sebut ranggup, anak-anak memang paling suka. Mari cuba.
Baca juga: Resepi Limau Kasturi Asam Boi, Nak Minum Tambah Ais Je!
RESEPI FISHCAKES & ISI KETAM CRISPY, MEMANG LAYAN

Menu makan malam yang mudah. Isi ketam & fishcake crispy! Sesuai sahaja nak makan bila-bila waktu.
Bahan-bahan:
- Fishcakes
- Isi ketam
- Telur ayam
- Tepung bestari
- Tepung beras
- Serbuk lada hitam
Cara-cara penyediaan:
– Potong fishcakes dan isi ketam. Potong la macam ini. Nanti dia kembang jadi macam kipas.
– Sediakan bahan tepung. Tepung bestari, tepung beras, blackpepper sikit kalau nak lagi pedas. Nak letak tepung jagung pun boleh la. Janji rangup.
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber:
