Biasa makan karipap mesti isi sardin, kari ayam dan daging kan? Apa kata, kita cuba sedikit kelainan iaitu buat karipap kurma daging seperti yang dikongsikan oleh Shida di laman Facebook.
Resepi karipap kurma daging ini memang patut dicuba kerana lain daripada lain dan paling penting sekali, kulit kekal rangup sehingga malam. Wow!
Baca juga: Boleh Tahan Selama 3 Bulan, Ini Tips Simpan Rendang Supaya Tahan Lama
RESEPI KARIPAP KURMA DAGING, RANGUP SAMPAI MALAM!

Bahan-bahan:
- 500 gm daging direbus empuk
- 1 kg kentang
- 100 gm serbuk kurma
- 1 sudu besar serbuk lada hitam
- 2 ulas bawang merah
- 5 ulas bawang putih
- Serbuk kayu manis
- Stock rebusan daging
- Garam & gula secukup rasa
- 1 kiub daging
Cara penyediaan:
1. Potong daging berbentuk dadu dan rebus sehingga lembut dan ketepikan.
2. Tumiskan bawang besar dan bawang putih sehingga berbau harum.
3. Masukkan serbuk kurma, lada hitam dan serbuk kayu manis yang telah dibancuh dengan sedikit air.
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber:
