Sekiranya anda tidak menggemari cendawan shitake, mungkin boleh beralih rasa kepada cendawan king oyster. Melalui perkongsian cerita dari Puan Niesa Hasan, king oyster tidak mempunyai bau seperti shitake.
Malah, teksturnya lebih kenyal sehingga berjaya menjadikan cendawan ini sebagai pilihan utamanya. Mari ikuti resepi cendawan king oyster kacang buncis yang dimasak menggunakan sos tiram dan lada hitam.
Baca juga: Betul Ke Makan Limau Mandarin Jadi Punca Batuk? Ahli Kimia Jelaskan & Ini Cara Mencucinya…
CENDAWAN KING OYSTER TIADA BAU & LEBIH KENYAL

Masa tengah pilih shitake mushroom dekat Lotus’s tadi, ada Aunty Chinese tegur. Dia tanya macam mana you masak mushroom ni?
Niesa bagitau dia masak osyter blackpepper. Kadang rebus biasa macam tu je. Lepas tu aunty suggest untuk try king oyster mushroom. Dia cakap masak sama je macam shitake mushroom.
Aunty siap ajar cara pilih king oyster mushroom dan cara nak potong. Baik sangat dia. Dia siap cakap, nanti mesti akan repeat…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber:
