Sebut sahaja ‘singgang’ sudah pasti ramai dalam kalangan kita yang terbayang makanan bersup panas dari negeri Kelantan. Sangat enak dimakan bersama nasi panas serta budu, singgang juga sangat mudah untuk dimasak di rumah. Bukan itu sahaja, buat anda yang nak diet pun sangat sesuai untuk makan menu singgang terutama sekali singgang sotong.
Tak pernah cuba singgang sotong? Jadi, apa kata kali ini anda cuba pula singgang sotong dimakan bersama budu dan nasi panas. Kalau nak tambah cili bagi ‘extra’ pedas pun lagi mantap!
Baca juga: Rupanya Panaskan Nasi Secara Berkali-Kali Boleh Jadi Punca Keracunan, Patutlah Sakit Perut!
SEDAPNYA! JOM BUAT RESEPI SINGGANG SOTONG!

1.Didihkan air dalam periuk
2.Masukkan 2 batang serai diketuk , 1/2 biji bawang holland dihiris , 3 ulas bawang putih dihiris, 1 inci lengkuas , 1 inci halia , 10 tangkai cili padi diketuk.
3.Masuk asam keping 1/2 keping.
4.Betul-betul mendidih , masukkan sotong , tomato , putik jagung & daun limau purut.
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber:
