Kool FM

Resipi Serasi Tampilkan Ain Edruce & Suami


Ramadan kali ini di TV3 bakal dimeriahkan dengan aroma masakan yang bukan sekadar menyelerakan, malah sarat dengan gelak tawa menerusi program terbaharu, Resipi Serasi. 

Resipi Serasi

Sebagai sebahagian daripada kempen Jwanjih Kenyang, rancangan ini membuktikan bahawa keajaiban di dapur sebenarnya bermula daripada keserasian pasangan yang memasak bersama.

Menampilkan pasangan popular Ain Edruce dan suaminya, Amirul Hafiz, penonton bakal disajikan dengan satu dimensi baharu dalam rancangan memasak. 

Keunikan program ini terletak pada pertembungan dua personaliti yang sangat berbeza iaitu Ain yang terkenal dengan sifat kecoh, petah dan spontan, manakala Amirul pula lebih tenang dan bersahaja. 

Gabungan ini bakal mencetuskan momen ‘perang kecil’ di dapur, usik-mengusik manja serta pelbagai gelagat lucu yang pasti menghiburkan waktu petang anda.

Resipi Serasi turut menyelitkan kisah-kisah peribadi pasangan ini sambil mengimbau kenangan awal perkahwinan serta detik-detik bermakna yang…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version