
PETALING JAYA – Semua resolusi dalam Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) ketiga Cropmate Berhad (Cropmate) kelmarin telah mendapat kelulusan daripada pemegang sahamnya.
Ini menunjukkan syarikat memperoleh sokongan berterusan untuk hala tuju strategik dan rancangan pertumbuhan jangka panjang syarikat.
Antara resolusi yang diluluskan adalah pembayaran dividen peringkat tunggal akhir sebanyak 0.6 sen sesaham biasa bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2025 (TK2025.
Resolusi lain adalah pemilihan semula Pengarah, pelantikan semula Messrs Kreston John & Gan sebagai Juruaudit Syarikat dan pembaharuan mandat am untuk Pengarah menerbitkan serta memperuntukkan saham menurut Seksyen 75 dan 76 Akta Syarikat 2016.
Dividen akhir yang diluluskan, yang dijadualkan dibayar pada 24 Julai 2026, menggariskan komitmen Cropmate untuk memberi ganjaran kepada pemegang saham sambil mengekalkan fleksibiliti kewangan bagi menyokong pengembangan perniagaan masa hadapan.
Pengarah Urusan Cropmate, Lee…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber:
