Susulan kritikan yang diterima, pihak pengurusan Ayam Goreng Widuran bertindak meletakkan label ‘Tidak Halal’ pada papan tanda restoran, laman Instagram serta di aplikasi Google Maps bagi memaklumkan secara jelas kepada bakal pelanggan di samping mengelakkan pelanggan Muslim dariapda termakan di restoran berkenaan.
“Kami dengan rendah hati memohon maaf yang sebesar-besarnya atas kekecohan yang berlaku di media sosial akhir-akhir ini. Kami memahami bahawa perkara ini telah menimbulkan kegelisahan dalam masyarakat.
“Sebagai langkah awal, kami dengan jelas telah menambah penandaan ‘NON-HALAL’ di semua cawangan dan media sosial rasmi kami.
“Kami berharap agar masyarakat memberi kami peluang untuk memperbaiki dan menyelesaikan segala-galanya dengan baik,” tulis restoran itu menerusi kenyataan rasmi yang disiarkan menerusi akaun Instagram mereka.
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: