Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

‘Restoran Di Genting Highlands Tak Bersalah’ – KPDN Pahang Kongsi Hasil Siasatan Isu Pelancong Bayar RM900 Untuk Sepinggan Patin Stim

today22 June 2026

Background
Pelancong Terkejut 'Makan' Patin Stim RM902, KPDN Serbu Restoran Di Genting Highlands


Sebuah restoran di Genting Highlands yang tular pada Mac lalu susulan dakwaan mengenakan caj RM900 bagi hidangan ikan patin kukus kepada sekumpulan pelancong, disahkan tidak melakukan sebarang kesalahan.

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Pengguna dan Sumber Manusia Pahang, Sim Chon Siang berkata, siasatan dan analisis yang dijalankan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Pahang mendapati tiada sebarang elemen pencatutan berlaku, petik New Straits Times.

Beliau menegaskan bahawa premis berkenaan tidak melanggar Akta Kawalan Harga dan Anti-Pencatutan.

“Kadar RM338 sekilogram yang dikenakan bagi ikan patin seberat 2.7 kilogram itu didapati masih berada di bawah margin keuntungan yang dibenarkan.

“Malah, pihak restoran juga telah menyatakan dengan jelas di dalam menu mereka bahawa ikan tersebut dijual pada harga RM33.80 bagi setiap 100 gram,” katanya dalam satu sidang media di pejabatnya di Pusat Pentadbiran Sultan…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Hazim Jaafar


Previous post