Sebuah restoran di ibu kota mengalami kerugian besar selepas ditipu dengan pesanan palsu yang kononnya dari “Universiti Malaya” untuk acara 500 orang yang dijadualkan berlangsung hari ini.
Restoran tersebut, PichaEats, berkongsi kejadian ini di akaun Facebook rasmi mereka.
Pada Rabu, 5 Jun, restoran menerima permintaan segera dari seseorang yang mendakwa mewakili “Universiti Malaya”.
Pesanan tersebut adalah untuk acara yang dijadualkan pada Jumaat, 7 Jun, dengan alasan vendor mereka telah menarik diri pada saat akhir.
Selepas semua dokumen ditandatangani, pihak restoran segera memulakan persiapan, membeli bahan-bahan dan menyiapkan pesanan besar tersebut.
Namun, pada hari acara yang sepatutnya berlangsung, mereka mendapati bahawa tiada acara yang diadakan.
Dokumen yang diterima adalah palsu dan pesanan tersebut juga palsu.
“Secara ringkasnya, ia adalah penipuan/jenaka. Sebenarnya TIADA acara atau…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: