Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

REV Media Group Bawa Kegembiraan Kepada Komuniti Kurang Bernasib Baik Dengan Tayangan Istimewa Ejen Ali The Movie 2

today5 June 2025

Background
REV Media Group Bawa Kegembiraan Kepada Komuniti Kurang Bernasib Baik Dengan Tayangan Istimewa Ejen Ali The Movie 2


REV Media Group (REV) berjaya menganjurkan tayangan khas penuh bermakna filem animasi Ejen Ali The Movie 2 — filem animasi tempatan dengan kutipan box office tertinggi sebanyak RM40.6 juta — khas untuk komuniti kurang bernasib baik.

Inisiatif ini adalah sebahagian daripada program “Tech For Good” oleh REV, iaitu satu inisiatif ESG di bawah teras sosial, yang direalisasikan hasil kerjasama istimewa bersama Primeworks Studios dan Pepper Labs.

Program ini bertujuan membawa kegembiraan serta pengalaman menonton yang tidak dapat dilupakan kepada dua komuniti dari “Program Perumahan Rakyat” (PPR) sekitar Lembah Klang.

Kerjasama unik ini telah memudahkan penganjuran tayangan khas pada 4 Jun 2025, yang disertai oleh 200 tetamu, termasuk 100 penerima manfaat dari komuniti PPR dan 100 kakitangan REV Media Group beserta keluarga mereka.

Acara tersebut menampilkan filem popular Ejen Ali The Movie 2 serta kemunculan maskot Ejen Ali dan Ejen…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Hazim Jaafar


Previous post