Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Rezeki Adik Mohd Aariz, Tauke ‘Used Car’ Bagi Proton Persona

today24 May 2024

Background
Rezeki Adik Mohd Aariz, Tauke 'Used Car' Bagi Proton Persona


Sejak beberapa hari lalu nama adik Mohd Aariz menjadi bualan orang ramai apabila tular gambarnya menaiki motosikal bersama ahli keluarganya.

Kanak-kanak itu terpaksa bergantung pada alat bantuan pernafasan Continuous Positive Airway Pressure (CPAP) kerana menghidap penyakit paru-paru kronik.

Terbaharu, bapa kepada kanak-kanak berusia 11 bulan itu,  Mohd Azlan Ishak memberitahu bahawa ada pemilik perniagaan kereta terpakai menghadiahkan mereka sebuah Proton Persona.

“Alhamdulillah, rezeki anak saya terus melimpah sehinggakan ada yang sanggup menghadiahkan kereta terpakai untuk kami, semalam, ” kata Mohd Azlan Ishak, 35.

Memetik Harian Metro,  pada mulanya dia dan isteri, Norhidayu Halim, 35, singgah di kedai kereta terpakai itu kelmarin untuk membeli kereta menggunakan hasil wang sumbangan yang diterima daripada orang ramai untuk kemudahan membawa Mohd Aariz ke hospital.

“Saya memang berkenan kereta Proton Persona hijau di kedai itu dan…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Hazim Jaafar


Previous post