SEREMBAN – Rahmat di sebalik pandemik Covid-19, seorang peniaga pasar malam kini berjaya mengubah kehidupannya selepas menceburi bidang perniagaan baharu yang lebih berpotensi, malah mendekatkan dirinya dengan alam kanak-kanak.
Bekas peniaga barangan terpakai, Faisal Siregar Himam, 30, mula membuka sebuah kedai permainan akhir tahun 2021 kerana melihat permintaan terhadap barang permainan kanak-kanak terus meningkat meskipun dalam keadaan kegawatan.
Bersandarkan ilmu berniaga, pengalaman dan modal sebanyak RM80,000, usahawan ini berjaya memiliki sebuah lot kedai di Taman Sikamat Jaya di sini.

“Selepas tujuh bulan beroperasi, perolehan jualan di kedai ini telah mencecah sehingga RM300,000, malah pada musim perayaan, nilai jualan mampu mencecah sehingga RM60,000 sebulan,” katanya ketika ditemui di kedainya baru-baru ini.
Faisal Siregar yang mendapatkan stok barangan dari luar negara itu menjelaskan, barang mainan untuk kanak-kanak berusia satu hingga tiga tahun telah…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber:
