Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

‘Rezeki Saya Banyak Berlakon Cerita Hantu’

today16 August 2025

Background
Ruminah Sidek Tak Kisah Kerap Berlakon Naskhah Seram – ‘Rezeki Saya Banyak Berlakon Cerita Hantu’


Cukup sinonim dengan karya seram, pelakon veteran, Ruminah Sidek mengakui tidak pernah bosan menjayakan watak dalam naskhah genre tersebut.

Artikel Berkaitan: ‘Tak Minum Teh Atau Kopi Sejak Kecil’ – Ruminah Sidek Kongsi Rahsia Kekal Sihat Pada Usia 80 Tahun

Asyik watak seram

Hampir enam dekad bergelar anak seni, Ruminah atau mesra disapa Mak Mah, 80, berkata, dia sendiri tidak pasti mengapa sering kali ditawarkan membintangi naskhah seram.

Bagaimanapun, Mak Mah tetap bersyukur kerana kepercayaan yang diberikan oleh pengarah dan penerbit membolehkannya terus aktif di layar.

Sejujurnya saya tidak tahu kenapa sering dapat tawaran untuk karya seram, mungkin pengarah dan penerbit lihat sesuatu pada saya.

Tugas saya adalah hanya menjalankan tanggungjawab sebagai pelakon, kewajipan saya adalah menjayakan watak tersebut sahaja.

Saya anggap juga ini rezeki yang Allah beri untuk saya, banyaknya berlakon cerita-cerita seram dan hantu.

Mak Mah berkata demikian ketika ditemui pada malam gala…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Shahrin


Previous post