Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Ekonomi

Rezeki Zauyah menyayangi kucing hasilkan produk Masha Catfood

today2 May 2022

Background


JOHOR BAHRU – Bermula de­ngan mengutip kucing-kucing jalanan yang terbiar dan dibawa pulang ke rumah untuk dipelihara, seorang suri rumah, Zauyah Ahmad, 50, kini bergelar usahawan yang mengeluarkan produk makanan kucing.

Produk di bawah jenama Masha Catfood itu dihasilkan daripada resipi sendiri dengan campuran minyak kepala dara, tuna dan ayam tanpa sebarang bahan kimia dalam makanan kucing tersebut.

Menurut beliau, sehingga kini, makanan kucing Masha Catfood telah mendapat sambutan menggalakkan daripada pencinta ku­cing di seluruh negara.

Lebih menarik, usahawan ini juga telah membuka kedai haiwan dengan menawarkan pelbagai produk dan kemudahan termasuk rawatan kucing, mandi, potong kuku dan khidmat nasihat di Taman Universiti di sini.

“Saya mula membela kucing sejak kecil lagi. Setiap kali bila jumpa kucing, saya akan bawa balik ke rumah dan mandikan sehingga bersih.

“Saya juga merawat ku­cing yang sakit dengan memberi minum rebusan akar serai dan rawatan…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: RAJA JAAFAR ALI


Previous post

Ekonomi

McCormick lancar ‘kit rempah’ baharu

PETALING JAYA - McCormick yang terkenal dengan rempah dan herbanya yang tiada tan­dingan dari segi kesegaran, aroma dan kelazatannya, telah melancarkan satu rangkaian baharu bertujuan memberi pilihan terbaik kepada peminatnya untuk mencipta rasa enak dalam masakan masing-masing.

today2 May 2022