Follow Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini
Tindakan penghantar makanan yang tular sejak semalam selepas menegur warga Singapura yang mengisi minyak di dalam tong telah menyebabkan beliau kehilangan kerja selepas Grab mengantung akaunnya semalam.
Dalam temubual bersama Kosmo!, pemilik akaun TikTok matkibot berkata bahawa akaun Grab beliau sudah digangung sejak pukul 6 petang semalam.
“Selepas video ini viral di media sosial, Grab telah suspended (gantung) pada pukul 6 petang hari ini (semalam), saya segera menghubungi perkhidmatan pelanggan Grab. Saya diberitahu akan dihubungi pihak atasan Grab dalam masa 24 jam,” katanya.
Tidak lama selepas itu, beliau telah dihubungi oleh pihak Grab yang memberitahu bahawa ada orang yang membuat laporan ke atasnya di mana dia dilaporkan telah mengeluarkan pemutar skru untuk melawan.
Dia yang percaya bahawa dirinya tidak bersalah telah meminta pihak Grab untuk melihat sendiri rakaman televisyen litar tertutup bagi membuktikan laporan…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: