Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Riena Diana Cari 2 Individu Didakwa Curi Duit & Gelang Ibu Saudara

today25 October 2024

Background


Menerusi laporan Harian Metro, Riena berkata dia ke pusat beli-belah itu bersama ibu saudaranya, tetapi ketika kejadian dia berada di kedai lain.

“Gelang permata itu milik saya tetapi saya beri ibu saudara pakai. Saya ada sekali tapi di kedai lain waktu itu. Selain itu, dompet juga turut dicuri,” katanya.

Dalam pada itu, Riena sudah membuat laporan polis dan mengucapkan terima kasih kepada pihak berkuasa serta pemilik premis yang membantu siasatan dengan memberi video dari kamera litar tertutup (CCTV).

Riena berharap agar orang ramai berhati-hati dengan pasangan pencuri itu dan turut memuat naik gambar mereka di Instagram.

“Kalau saya tak dapat balik barang saya pun, sekurang-kurangnya saya berharap orang ramai berhati-hati dengan dua individu ini,” katanya.



Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Dania Hamdan