Pelakon, Riezman Khuzaimi berkongsi pengalaman menziarahi pusara Allahyarhamah Zara Qairina Mahathir yang didakwa maut kerana menjadi mangsa buli.
Artikel Berkaitan: Intan Najuwa Tuntut Keadilan Buat Zara Qairina – ‘Yang Salah Tetap Salah & Perlu Dihukum’
Artikel Berkaitan: Siasatan Punca Kematian Zara Qairina Diteruskan, Mungkin Jatuh Sebab Melompat Atau Menghayunkan Badan
Momen menyentuh hati

Ketika ditemui OhBulan!, Riezman, 55, akui sebak sejurus sampai di Tanah Perkuburan Islam Kampung Tanjung Ubi, Mesapol Lama, Sipitang, Sabah.
Ujarnya, dia gagal menahan sebak seakan-akan mengenali arwah Zara Qairina ketika dirinya masih hidup.
Kebetulan, saya bersama Ahmad Idham Ahmad Nadzri dan Sophia Albarakbah berada di Sabah untuk mempromosikan filem Tembuni Berdarah. Jadi, jadi saya fikir mengapa tidak kita ziarah kubur arwah Zara di Sipitang.
Apabila sampai di kuburnya, auranya lain. Belum nampak kubur, baru terlihat papan tanda tanah perkuburan, bulu roma saya sudah naik.
Saya sayu…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: