Penyanyi Antarabangsa, Rihanna mengumumkan berita gembira apabila selamat menimang cahaya matanya yang ketiga pada 13 September lalu.
Artikel Berkaitan: Foto : Rihanna Bertudung Di Abu Dhabi
Artikel Berkaitan: Rihanna Abadikan Kisah Chris Brown Dalam ‘Diamond’
Rihanna timang cahaya mata ketiga
Berita tersebut diumumkan sendiri oleh Rihanna atau nama sebenarnya Robyn Rihanna Fenty menerusi satu hantaran di aplikasi X.
Menerusi perkongsian dibuat, pelantun lagu ‘Umbrella’ memuat naik foto dirinya bersama cahaya mata yang diberi nama Rocki Irish Mayers.
Hantaran tersebut kemudiannya menyorot perhatian ramai yang rata-ratanya teruja melihat perkongsian dibuat Rihanna.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata peminat menzahirkan ucapan tahniah atas kelahiran cahaya matanya itu.
Sekadar info, Rocki merupakan cahaya mata ketiga hasil hubungan Rihanna bersama penyanyi rap terkenal, A$AP Rocky.
Mereka juga mempunyai dua lagi cahaya mata yang diberi nama RZA, 3, dan Riot, 2.
Sumber: Aplikasi X
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: