PETALING JAYA – Nilai ringgit dijangka kembali mengukuh pada paras antara RM4.20 hingga RM4.40 berbanding dolar Amerika Syarikat pada tahun ini atau tahun depan, berdasarkan asas ekonomi negara yang dilihat masih kukuh.
Pengarah Urusan Capital Dynamics Sdn. Bhd., Tan Teng Boo berkata, ketika perbezaan kadar faedah antara Malaysia dan Amerika Syarikat adalah antara faktor yang mempengaruhi kedudukan ringgit, ia hanya faktor yang bersifat sementara dan bukan perkara utama yang bakal menentukan nilai ringgit dalam jangka masa panjang.
“Perkara paling penting yang menentukan nilai ringgit adalah daya kompetitif Malaysia.
“Secara umumnya, saya bersetuju bahawa kedudukan ringgit sekarang terkurang nilai,” katanya pada sesi bersama media di sini semalam.

Menurut beliau, bagi meningkatkan nilai ringgit, Malaysia perlu mengembalikan daya kompetitifnya di mata global dan antara perkara utama untuk memacu perkara tersebut adalah penambahbaikan dalam pendidikan dan…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber:
