Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Ringgit Berpotensi Cecah RM4.00 Sedolar Akhir 2026

today4 December 2025

Background
Ringgit Berpotensi Cecah RM4.00 Sedolar Akhir 2026


Ahli Ekonomi CGS International, Mas Aida Che Mansor, mengunjurkan bahawa Ringgit Malaysia berpotensi untuk mencapai paras RM4.00 berbanding Dolar AS menjelang akhir tahun hadapan, didorong oleh momentum pengukuhan yang berterusan.

Unjuran ini didasarkan kepada dua faktor utama: pertama, jangkaan pertumbuhan ekonomi negara yang akan menjadi lebih kukuh pada separuh pertama 2026, dan kedua, pengecilan jurang kadar faedah antara Malaysia dan Amerika Syarikat. Nilai Ringgit semasa berada pada kedudukan RM4.11 berbanding Dolar AS.

“Dari segi mata wang, kami melihat ruang untuk ringgit terus meningkat berbanding dolar AS, iaitu daripada 4.15 menjelang akhir 2025 kepada 4.00 pada penghujung 2026,” katanya dalam satu nota penyelidikan.

Sehingga tengahari tadi, ringgit terus pamer prestasi memberangsangkan apabila diniagakan pada paras 4.11 sedolar, paras tertinggi sejak September 2024 lapor Berita Harian.

Pengukuhan Ringgit didorong terutamanya oleh…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Hizam Jaafar


Previous post