Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Ekonomi

Ringgit cecah paras 4.74 berbanding dolar Amerika

today16 October 2023

Background


PETALING JAYA – Nilai ringgit terus jatuh berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini kepada paras RM4.74 pada sebelah pagi, di tengah-tengah kebimbangan konflik di Asia Barat bakal memburuk.

Ketua Penganalisis Ekonomi dan Kewangan Sosial, Bank Muamalat Malaysia Berhad, Dr. Mohd. Afzanizam Abdul Rashid berkata, keadaan tersebut membuatkan permintaan terhadap mata wang yang dianggap selamat (safe haven currency) seperti AS$ melonjak.

“Isu sekarang adalah mengenai konflik antara Hamas dan Israel. Minggu ini Presiden AS, Joe Biden dijangka ke sana yang memperlihatkan betapa seriusnya perkara ini sehingga turut melibatkan kuasa-kuasa besar, sama seperti situasi di Ukraine.

“Kebimbangan tidak lain dan tidak bukan adalah terhadap pasaran komoditi seperti minyak, dan ia berpotensi menghasilkan satu lagi kejutan kepada ekonomi global.

“Kemungkinan inflasi bakal berlaku dan bank-bank pusat mungkin memberi respons melibatkan kenaikan faedah. Ini mengakibatkan permintaan terhadap…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: MUHAMMAD IKHWAN IDERIS


Previous post