Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Ekonomi

Ringgit dijangka stabil pada 4.40 hingga 4.50 berbanding AS

today8 August 2024

Background


KUALA LUMPUR – Ringgit yang telah menyaksikan pengukuhan signifikan sejak akhir-akhir ini dijangka  kembali stabil kepada paras antara 4.40 dan 4.50 berbanding dolar Amerika Syarikat menjelang akhir tahun ini.

Pengarah Urusan Capital Dynamics, Tan Teng Boo berkata,  ringgit mengukuh terlalu pantas daripada paras sebelum ini dan sekiranya berterusan, ia sedikit sebanyak boleh menjejaskan perniagaan tempatan.

“Sekiranya ringgit mengukuh terlalu laju, ia boleh menjejaskan perniagaan berorientasikan eksport. Sama ada ringgit mengukuh atau melemah, akan ada perniagaan yang mendapat manfaat dan ada juga yang terjejas.

“Situasi terbaik ialah mata wang tempatan mengukuh secara beransur-ansur supaya pengguna dan perniagaan dapat sesuaikan diri dengan perubahan,” katanya kepada pemberita di sini.

 

Mengulas potensi ringgit mengukuh kepada bawah paras 4.00, Teng Boo berkata, ia boleh berlaku dalam tempoh jangka panjang, namun dipengaruhi banyak faktor seperti risiko kemelesetan…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: MUHAMMAD IKHWAN IDERIS


Previous post