Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Ekonomi

Ringgit mengukuh 3.1 peratus berbanding AS$ tahun ini

today16 August 2024

Background


KUALA LUMPUR – Ringgit telah menambah nilai sebanyak 3.1 peratus berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) tahun ini, setakat 13 Ogos lalu.

Sementara pada asas kadar pertukaran efektif nominal (NEER), ringgit turut menambah nilai iaitu sebanyak 5.3 peratus.

Gabenor Bank Negara (BNM), Datuk Seri Abdul Rasheed Ghaffour berkata, hal ini sebahagiannya disebabkan oleh jangkaan yang semakin meningkat dalam kalangan peserta pasaran kewangan, berhubung pengurangan kadar dasar AS yang telah meredakan tekanan terhadap mata wang serantau termasuk ringgit.

Jelasnya, inisiatif terselaras antara kerajaan, BNM, syarikat berkaitan kerajaan dan syarikat pelaburan berkaitan kerajaan, serta libat urus dengan syarikat korporat, pengeksport dan pelabur terus memberikan sokongan terhadap ringgit.

“Semua usaha ini menyebabkan aliran lebih besar dan konsisten ke dalam pasaran pasaran pertukaran asing.

“Purata harian bagi jumlah urus niaga pertukaran asing (FX) telah meningkat kepada ASS18 bilion untuk…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: MUHAMMAD IKHWAN IDERIS


Previous post

Hiburan Semasa

Aisha Retno dah ada kekasih

Kuala Lumpur: Penyanyi, Aisha Retno mendedahkan sudah mempunyai teman istimewa yang memahami kerjaya seninya yang sibuk. © New Straits Times Press (M) Bhd Klik untuk baca artikel penuh. Sumber:

today16 August 2024