KUALA LUMPUR – Ringgit mengukuh 5.9 peratus berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) tahun ini setakat 13 Ogos lalu, manakala berasaskan kadar pertukaran efektif nominal (NEER), ringgit meningkat sebanyak 2.1 peratus.
NEER mengukur prestasi ringgit berbanding sekumpulan mata wang rakan dagangan utama Malaysia.
Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Datuk Seri Abdul Rasheed Ghaffour berkata, bagi tempoh suku tahun kedua 2025, NEER ringgit mengukuh sebanyak 1.5 peratus, manakala berbanding dolar AS, ringgit mengukuh 5.1 peratus.
“Keadaan ini sebahagian besarnya didorong oleh kelemahan dolar AS secara meluas, dengan kadar pertukaran ringgit akan terus dipengaruhi oleh faktor luaran.
“Walau bagaimanapun, prospek ekonomi Malaysia dan pembaharuan struktur dalam negeri yang menggalakkan, bersama-sama dengan inisiatif berterusan bagi menggalakkan aliran akan terus memberikan sokongan kepada ringgit,” katanya dalam sidang akhbar Pestasi Ekonomi Suku Kedua Tahun 2025 di Sasana…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: