PETALING JAYA – Kenanga Research mengekalkan unjuran inflasi Malaysia sebanyak 3.3 peratus bagi tahun ini daripada 2.5 peratus pada 2021, sebelum kadar inflasi dijangka menyederhana kepada 2.5 peratus pada tahun depan.
Firma tersebut dalam nota penyelidikan yang dikeluarkan semalam berkata, pihaknya beranggapan harga teras akan mula memperlihatkan pola menyederhana dalam tempoh beberapa bulan akan datang.
“Ini disebabkan penurunan harga barangan import di tengah-tengah pengukuhan ringgit dan permintaan global yang semakin perlahan, bagaimanapun risiko kekal condong ke arah bawah disebabkan ketidaktentuan ekonomi yang meningkat.
“Inflasi dijangka mula menurun pada suku kedua 2023 kerana kerajaan baharu menjadikan usaha menangani peningkatan kos sara hidup sebagai keutamaan sambil mengekalkan subsidi sehingga sekurang-kurangnya akhir suku kedua 2023.
“Ditambah dengan pembukaan semula China dan normalisasi pada rantaian bekalan, kadar inflasi negara mungkin turun…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber:
