KUALA LUMPUR – Pemaju hartanah, Glomac Berhad akan menyemak semula strategi perniagaan mereka ketika ini, termasuk mempelbagaikan perniagaan bagi berdepan dengan kesan penyusutan ringgit.
Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Seri FD Iskandar Mohamed Mansor berkata, pembinaan bangunan berstrata memerlukan lebih banyak bahan binaan yang diimport berbanding rumah bertanah, yang mana kebanyakan bahan boleh diperoleh dalam negara.
Katanya, walaupun kebanyakan harga bahan binaan sudah mula stabil kecuali simen, barangan seperti lif, eskalator dan pelbagai lagi perlu diimport dari luar negara.
“Membina kediaman bertanah mungkin menjadi satu daripada strategi. Namun begitu, kawasan tanah yang kecil menyebabkan industri masih terdorong kepada pembinaan strata.
“Jadi, kena selalu buat kajian untuk strategi baharu dan kami juga berharap ringgit dapat mengukuh,” katanya ketika ditemui pada sidang akhbar sempena Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) ke-39 di Menara Glomac,…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: